Kehidupan peribadi Kamal_Adli

Kamal sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana selama lebih 6 tahun, namun mereka berdua memutuskan hubungan selepas enam tahun bersama. Namun demikian, perpisahan itu tidak dapat diterima bagi Kamal yang masih lagi berharap agar percintaan mereka dapat disambung kembali. Menurut Kamal, beliau berasa kecewa dengan perpisahan ini dan tidak menyangka Intan akan meninggalkannya begitu sahaja setelah 6 tahun menyulam cinta.[13][14][15][16][17][18] Sekitar 2015, beliau dilaporkan bercinta dengan pelakon Emma Maembong. Pada tahun 2017, hubungan mereka dikatakan sudah putus kerana orang ketiga. Ketika Kamal memenangi SuperSpontan Superstar, kelihatan Emma datang dan mengucapkan tahniah kepada Kamal. Selepas itu, desas-desus mengatakan mereka sudah kembali menyulam cinta. Sehingga kini, hubungan mereka dalam teka teki, tidak diketahui cerita sebenar hubungan mereka itu.[19][20][21][22]

Kini Kamal masih sendiri dan banyak fokus pada kerjaya. Beliau juga terpalit dengan gosip tentang hubungan beliau dengan Uqasha Senrose kerana mereka sangat rapat sewaktu bekerjasama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Namun begitu keduanya menafikan dengan menyatakan mereka hanyalah sahabat biasa.

Rujukan

WikiPedia: Kamal_Adli http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kamal-adl... http://www.budiey.com/hero-remaja-2008-milik-kamal... http://www.budiey.com/kru-studios-terbitkan-drama-... http://www.feldavoice.com/2014/07/23/kamal-adli-in... http://www.gempak.com/artikel/1330/kamal-adli-tauk... http://www.gempak.com/artikel/6966/hubungan-kami-m... http://www.imdb.com/name/nm4311703/ http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=06... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...